Kelantan umum cuti peristiwa 9 April

Kota Bharu – Kerajaan Kelantan mengumumkan cuti peristiwa di seluruh negeri pada Selasa iaitu 9 April.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud hari ini selepas mempengurusikan mesyuarat Exco, di Kompleks Kota Darul Naim hari ini.

“Cuti peristiwa berkenaan bagi membolehkan rakyat negeri itu melakukan persiapan bagi menyambut Aidilfitri kerana hari raya dijangka pada 10 April, hari Rabu.

“Selain itu kita juga mahu mengurangkan kesesakan lalu lintas sebelum perayaan apabila perantau pulang ke kampung,” katanya.

Pada masa sama, Datuk Nassuruddin memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM 500 kepada penjawat awam sebelum Selasa depan.

Beliau berkata, bantuan sebanyak RM 500 akan berikan kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM 5.3 juta.

Selain itu katanya, bayaran penghargaan turut diterima pegawai lantikan politik termasuk ahli majlis, penghulu, penyelaras pembangunan armalah, guru pondok, guru al-Quran dan guru jahitan sebanyak RM 250.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *