BERITA UTAMA

Dua rumah di Felda Tersang 1 terbakar, seorang maut

RAUB – Satu maut, satu cedera dalam kebakaran melibatkan dua rumah di Felda Tersang 1, dekat sini, awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran rumah itu pada jam 1.42 pagi.

Pasukan Bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub seramai 10 anggota telah bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera FRT dan kenderaan Unit EMRS sebaik menerima panggilan.

Bantuan daripada BBP Sungai Koyan iaitu jentera FRT bersama lima anggota juga turut digerakkan.

Menurut Komander Operasi Kanan, Khairul Anuar Yaacob, kebakaran itu melibatkan sebuah rumah jenis sementara dengan anggaran kemusnahan akibat kebakaran adalah 100 peratus.

Katanya, terdapat seorang lelaki berusia 39 tahun mengalami kecederaan melecur di bahagian tangan dan dirawat oleh anggota Unit EMRS sebelum dihantar ke klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, kebakaran ini turut melibatkan rumah bersebelahan yang terbakar di bahagian bilik.

“Seorang lelaki berusia 46 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM.

“Mangsa dilaporkan telah terjatuh di bahagian belakang rumah semasa hendak keluar daripada rumah berkenaan dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pasukan Bomba bertindak menjalankan operasi pemadaman dengan menggunakan sumber air daripada pam tangki jentera sehingga kebakaran dapat dikawal dan dipadamkan. – NasionalDaily

 

Kongsi berita menarik di Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com? Emel kami di admin@nasionaldaily.com atau sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp terus kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *