BANGKOK – Seramai 14 anggota Tentera Laut Diraja Thailand mengalami kecederaan apabila tembakan meriam dari kapal tentera laut, HTMS Chonburi mengenai bahagian belakang kapal HTMS Khirirat di Pangkalan Tentera Laut Sattahip di Chon Buri.
Jurucakap Tentera Laut Diraja Thailand, Laksamana Muda Wirudom Muangjeen berkata, dalam kejadian kira-kira tengah hari Khamis, tembakan artileri tentera laut itu dilepaskan dari artileri depan HTMS Chonburi terkena bahagian belakang HTMS Khirirat, sebuah frigat, yang berlabuh di Jeti Laem Thian.
Pasukan bomba bertindak memadamkan kebakaran di atas kapal berkenaan.
Semua mangsa dihantar ke hospital di Sattahip dan ramai kru yang terhidu asap.
HTMS Chonburi kembali ke pangkalan pada Rabu selepas mengalami pincang tugas semasa latihan menembak yang menyaksikan peluru tertinggal di dalam laras meriam.
Tembakan itu dilaporkan berlaku semasa pembaikan. – BERNAMA
Kongsi berita-berita menarik di Telegram NasionalDaily: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily dan sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami ke 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga.