BERITA UTAMA

Nama Aaron Bushnell diberi penghormatan pada jalan raya di Palestin

MAJLIS Bandaraya Jericho, Palestin telah menamakan sebuah jalan raya sempena nama Aaron Bushnell, anggota tentera udara Amerika Syarikat (AS) yang membakar dirinya di luar kedutaan Israel di Washington pada 26 Februari lalu.

“Kami tidak mengenalinya dan dia tidak mengenali kami. Tiada hubungan sosial, ekonomi atau politik antara kami.

“Apa yang kami kongsi ini adalah kecintaan terhadap pembebasan dan keinginan untuk menentang serangan ke atas Gaza,” Datuk Bandar Jericho, Abdul Karim Sidr menjelaskan.

Kisah Aaron Bushnell membakar dirinya telah disiarkan secara langsung pada 25 Februari sebelum tular ke seluruh platform media sosial.

Melalui rakaman itu, Aaron menegaskan dia tidak akan bersubahat dalam pembunuhan beramai-ramai.

Sejurus selepas itu, Aaron membakar dirinya sambil berulang kali menjerit, “Bebaskan Palestin!” sebelum jatuh rebah.

Aaron disahkan meninggal pada hari berikutnya.

Keputusan untuk menamakan jalan yang terletak di selatan bandar Jericho ini merupakan tanda penghormatan kepada Aaron Bushnell.

Difahamkan jalan ini adalah lorong yang dipisahkan dari jalan utama, Jalan Mahmoud Darwish; bersempena nama penyair kebangsaan Palestin. – Middle East Monitor & The Guardian

 

Kongsi berita-berita menarik NasionalDaily di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *