BERITA UTAMA

Karnival Wanita 3K pamer produk usahawan RISDA, GiatMARA

KETUA Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Dr. Noraini Ahmad meluangkan masa melawat gerai jualan dan perkhidmatan kesihatan sempena Karnival Wanita 3K (Kesihatan, Kecantikan dan Keterampilan) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Pelbagai acara diadakan termasuk bicara kesihatan dan demo pertolongan cemas, bicara dan demo kecantikan, bicara dan demo keterampilan, pemeriksaan kesihatan percuma, pemeriksaan gigi percuma dan pendaftaran sukarelawan Skuad Sayang 3K.

Noraini juga turut membuka reruai yang menyediakan khidmat pemeriksaan Mamogram dan HPV DNA (Kanser Serviks) oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), pendaftaran dan semakan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat serta pendaftaran sukarelawan Skuad WAJA dari Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

Selain gerai jualan pelbagai produk, usahawan RISDA dan pelatih GiatMARA juga turut bersama dalam program itu.

Pihak yang terlibat secara langsung menjayakan Karnival Wanita 3K ini ialah Sekretariat Kebajikan Wanita UMNO Malaysia, Sekretariat Wanita Profesional, Sekretariat Keahlian dan Undang-Undang serta Skuad Sayang 3K.

Noraini turut menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah yang tidak berganjak dari awal program hingga ke jam 6 petang untuk menunggu cabutan masing-masing.

Pemenang hadiah utama iaitu motosikal dibawa pulang oleh peserta dari Subang, Selangor. – NasionalDaily

 

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *