PENGARAH Jabatan Sisatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menghadiri Program Libat Urus Pengarah JSJ Bukit Aman bersama masyarakat di Dewan Komuniti TTDI, Kuala Lumpur.
Program yang sebelum ini dikenali sesi ‘town hall’ kini berkonsepkan sesi libat urus yang membolehkan polis mengenal pasti secara mendalam berkaitan isu jenayah membelenggu masyarakat.
Ianya bukan sahaja melibatkan Pengarah JSJ, malah semua pegawai kanan di jabatan itu termasuk Ketua Polis Daerah (KPD), Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) bagi memudahkan masyarakat mengajukan persoalan atau cadangan penambahbaikan mengenai pelbagai isu berkaitan jenayah berbangkit.
Program anjuran kali kedua yang diadakan di Kontinjen Kuala Lumpur ini diharap dapat menjadi pemangkin dan diperluaskan di negeri lain bagi mengenal pasti isu berbangkit mengenai jenayah setempat.
Hadir sama, Timbalan Pengarah JSJ (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa; Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi), Deputi Komisioner Fadil Marsus; Ahli Parlimen Seputeh. Teresa Kok dan Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran.
NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com