Raja Muda Johor rasmi kedai cenderahati JDT Direct

RAJA Muda Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Tunku Ismail berkenan merasmikan pembukaan kedai cenderahati JDT Direct Megastore di Stadium Sultan Ibrahim semalam.

Kedai cenderahati ini adalah sebahagian daripada jadual JDT Fan Fest 2024 dan membuka peluang kepada peminat Harimau Selatan mendapatkan barangan pasukan itu termasuk jersi rasmi JDT.

Majlis perasmian JDT Direct Megastore turut disaksikan Ketua Unit Komersial JDT, Kevin Ramalingam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Tunku Iskandar kemudiannya diiringi Kevin meninjau suasana sekitar JDT Direct Megastore termasuk melihat produk cenderahati yang dijual di situ.

Selain Tunku Iskandar, ayahanda baginda iaitu DYAM Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail turut berkenan meninjau keadaan JDT Direct Megastore.

Tunku Iskandar juga berkenan menerima jersi Harimau Selatan nombor 10 dengan nama RMJ diletakkan di bahagian belakang jersi. – NasionalDaily

 

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *