SARAWAK – Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Sarawak dan Jabatan Ukur Brunei Darussalam mengadakan lawatan tapak di titik sempadan Malaysia-Brunei hari ini.
JLM Wilayah Sarawak yang turut disertai Bahagian Pemetaan Topografi negeri serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia bersama Brunei untuk membina sebuah alat bantuan pelayaran di titik tersebut sebagai tanda sempadan antarabangsa kedua-dua negara.
Turut serta, Pengarah Laut, JLM Wilayah Sarawak, Marzuki Brahim dan pegawai teknikal Bahagian Pengurusan Trafik dan Bantuan Pelayaran (BPTBP) untuk mengumpul maklumat berkaitan bagi penyediaan spesifikasi alat bantuan pelayaran yang akan dipasang di kawasan berkenaan. – NasionalDaily
NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Anda berminat hendak post iklan perniagaan atau produk anda bersama NasionalDaily? Hubungi kami di admin@nasionaldaily atau sales@nasionaldaily.com
