KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Johor dalam daerah Mersing sehingga jam 1 tengah hari ini.
Turut mengalami cuaca sama ialah Sarawak dalam daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong) dan Mukah.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan dikeluarkan Met Malaysia pagi ini. – NasionalDaily
NasionalDaily juga boleh dikongsi di Telegram: https://t.me/nasionaldaily