SHAH ALAM – Tiga lelaki maut dilanggar komuter di Landasan KTM, Puncak Utama Jade Hill, dekat sini, malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggila kecemasan pada jam 10.53 malam.
Lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang bergegas ke lokasi kejadian dengan menaiki jentera FRT.
Menurut Komander Operasi, PBK I Salleh Bahran, semua mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan KKM.
Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – NasionalDaily
Berita lanjut menyusul