Tabung malapetaka daerah salur lebih RM4.49 juta kepada 6.290 penerima – MB Pahang

KUANTAN – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang merekodkan bantuan berjumlah lebih RM4.49 juta bagi 6,290 kes penerima Tabung Malapetaka Daerah (TMD) bermula 2022 hingga Oktober lalu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bantuan itu disalurkan melibatkan empat kategori iaitu kes ribut, kebakaran, kematian dan bencana lain termasuk tanah runtuh, ditimpa pokok serta lemas. 

“Secara khususnya kita menyalurkan RM50,000 secara ampungan kepada tabung ini bagi setiap daerah yang diuruskan oleh Pegawai Daerah. 

“Sekiranya berlaku bencana, pengerusi TMD boleh gunakan wang ini untuk menyalurkan bantuan segera maknanya duit sudah ada. Jika tidak mencukupi, pihak daerah boleh memohon kepada kerajaan negeri untuk tambahan,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini hari ini. 

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau menjawab pertanyaan Ho Chi Yang (PH-Tanah Rata) berhubung jumlah peruntukan disediakan kepada Tabung Bantuan Bencana Daerah bagi setiap daerah dari 2022 hingga kini. 

Menjawab soalan tambahan Ho berkaitan cadangan mewujudkan tabung bencana pertanian, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri bersedia mengkaji inisiatif berkenaan.

“Cadangan itu kerajaan negeri akan kaji sebab kedudukan kewangan semakin baik, kalau tidak ada tabung pun mungkin boleh beri sekali sahaja,” katanya. – BERNAMA 

Telegram: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *