Asyraf Wajdi arah siasatan segera isu ayam tidak masak di MRSM Tun Ghafar Baba

SHAH ALAM – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan pengurusan MARA mengambil tindakan segera berhubung aduan pelajar dan ibu bapa mengenai penyediaan makanan tidak memuaskan di Dewan Selera Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Ghafar Baba, Melaka.

Beliau berkata, aduan diterimanya menerusi WhatsApp dan mesej peribadi di media sosial membabitkan hidangan ayam yang didakwa tidak dimasak dengan sempurna ketika sajian petang di maktab berkenaan.

Katanya, semakan awal dengan pihak pengurusan mendapati kontrak penyedia perkhidmatan makanan di MRSM itu hanya berbaki kira-kira sebulan sebelum tamat tempoh.

Keadaan itu menimbulkan kekecewaan beliau terhadap sikap kontraktor yang didakwa mengabaikan mutu penyediaan makanan apabila kontrak perkhidmatan hampir berakhir.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Saya cukup marah dan amat terkesan apabila menerima aduan daripada pelajar serta ibu bapa. Tidak sepatutnya perkara seperti ini berlaku, apatah lagi membabitkan makanan yang menjadi keperluan harian anak-anak di asrama.

“Saya amat kecewa dengan sikap kontraktor yang tidak bertanggungjawab seperti ini. Saya sudah meminta pengetua segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas malam ini juga,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.

Asyraf Wajdi berkata, kebajikan pelajar tidak boleh dipandang ringan kerana bukan semua mereka berkemampuan mendapatkan makanan alternatif di kafe atau koperasi sekiranya hidangan di dewan selera tidak memuaskan.

Lebih membimbangkan, katanya, keadaan itu berlaku ketika pelajar Tingkatan Lima sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekali gus menuntut pihak pengurusan memastikan kebajikan serta keperluan pemakanan mereka tidak terjejas.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau turut mendedahkan bahawa beberapa minggu lalu, beliau sendiri melakukan pemeriksaan mengejut menerusi program #Terjah di MRSM berkenaan dan telah memberi peringatan kepada penyelia dewan selera supaya memastikan mutu makanan sentiasa mematuhi piawaian ditetapkan MARA.

Susulan aduan terbaharu itu, beliau meminta pengurusan MARA, khususnya Bahagian Pendidikan Menengah, menyelesaikan isu berkenaan dengan segera dan tidak menangguhkan tindakan sehingga kontrak penyedia makanan tamat.

Menurutnya, kontraktor yang gagal memenuhi tanggungjawab boleh dikenakan penalti, malah berdepan tindakan disenarai hitam daripada memperoleh sebarang manfaat atau kontrak MARA pada masa hadapan.

Beliau menegaskan isu penyediaan makanan bukan sekadar berkaitan pematuhan kontrak, sebaliknya menyentuh soal kesihatan, keselamatan dan kebajikan pelajar yang menjadi amanah institusi pendidikan.

“Ini soal kebajikan pelajar yang saya tidak boleh tolak ansur. Keuntungan yang diperoleh melalui hasil yang curang dan menyimpang tidak akan membawa keberkatan, malah boleh menjadi punca kecelaruan dan kesengsaraan hidup berterusan,” katanya.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *