Dari Editorial ND
SEPERTINYA ada sesuatu yang agak sukar difahami dalam episod tahanan rumah Najib Razak.
Dari awal sampai sekarang, terlalu banyak pusingan berlaku sehingga rakyat tertanya-tanya, sebenarnya siapa yang buat keputusan dan siapa pula yang halang?
Cuba kita imbas semula.
Pada peringkat awal, peguam Najib sendiri mohon supaya anak guam mereka dibenarkan menjalani baki hukuman penjara kes SRC International di bawah tahanan rumah. Permohonan itu bukan muncul tiba-tiba, apatah lagi direka selepas Najib berada di penjara.
Kemudian, ketika Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong, satu titah adendum dikeluarkan bagi memperkenankan tahanan rumah itu.
Namun, kewujudan titah itu tidak terus bawa kepada pelaksanaannya. Sebaliknya, menjadi pertikaian panjang yang berlarutan hingga ke mahkamah.
Najib dan pasukan peguamnya tidak berputus asa. Perjuangan diteruskan melalui saluran undang-undang sehingga titah adendum itu mendapat pengiktirafan dalam proses kehakiman dan isu pelaksanaannya kembali menjadi perhatian.
๐ 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Apabila Sultan Ibrahim menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong, persoalan pelaksanaan tahanan rumah terus menjadi isu yang menuntut penyelesaian.
Kemudian timbul pula persoalan pembayaran denda RM50 juta. Jumlahnya bukan sedikit, tapi berjaya dikumpulkan menerusi sumbangan orang ramai dan dilunaskan.
Mahkamah Tinggi turut merekodkan pembayaran itu dan keluarkan perintah pelepasan berkaitan.
Maka, rakyat pun menyangka jalan Najib menuju tahanan rumah semakin terbuka.
Tapi, belum sempat tarik nafas lega, Jabatan Peguam Negara (AGC) umum pelaksanaan tahanan rumah perlu ditangguhkan sementara kerana terdapat persoalan perundangan yang perlu diteliti.
Ramai terkejut, termasuk Yang di-Pertuan Agong sendiri. Maka, di sinilah cerita menjadi semakin menarik.
Kalau dari awal permohonan dibuat oleh peguam, perintah pengampunan diperkenankan melalui proses Lembaga Pengampunan, denda pula sudah dibayar, mengapa pelaksanaannya masih tersangkut?
Lebih menghairankan, Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini pernah menjelaskan di Parlimen, cadangan pengurangan hukuman dan tahanan rumah Najib dibincangkan dalam proses Lembaga Pengampunan.
Malah, beliau turut menjelaskan peranan Peguam Negara dalam proses berkenaan.
Kini, AGC pula meminta penangguhan atas alasan persoalan undang-undang.
Maka, timbullah persoalan yang wajar dijawab: apakah sebenarnya yang berubah antara ketika keputusan itu dibincangkan dengan ketika ia hendak dilaksanakan?
Adakah undang-undang berubah? Adakah syarat baharu muncul? Atau ada persoalan yang hanya disedari selepas semua proses berjalan?
Istana Negara sendiri sudah minta penjelasan mengenai penangguhan itu dan menegaskan perintah pengampunan bersyarat itu jelas serta semua syaratnya telah dipenuhi.
Jika begitu, rakyat berhak mengetahui di mana sebenarnya simpul yang mengikat proses ini.
Kita tidak perlu jadi pakar perlembagaan untuk fahami satu perkara mudah: keputusan yang dibuat melalui proses rasmi tidak sepatutnya jadi seperti bola panas yang ditendang dari satu pihak kepada pihak lain.
Jika ada masalah undang-undang, jelaskan. Jika ada arahan, nyatakan siapa yang keluarkannya. Jika ada pihak yang bertanggungjawab, jangan biarkan semuanya bersembunyi di sebalik kenyataan rasmi yang penuh istilah teknikal.
Lebih-lebih lagi apabila Perdana Menteri, Peguam Negara dan Lembaga Pengampunan mempunyai peranan masing-masing dalam proses perlembagaan itu.
Jangan sampai rakyat melihat sebuah drama yang pelik: ketika mesyuarat, semua boleh bersetuju; ketika titah diperkenankan, semua angkat tangan; ketika denda dibayar, semua terima; tetapi apabila tiba masa pelaksanaan, tiba-tiba ada pula brek kecemasan.
Silap mata apakah ini? Kalau begini caranya, jangan salahkan rakyat apabila mereka mula keliru antara keputusan, pelaksanaan dan alasan penangguhan.
Najib adalah seorang banduan yang sedang menjalani hukuman, tetapi haknya di bawah sesuatu perintah pengampunan yang sah tidak boleh diperlakukan sesuka hati.
Pada masa sama, sebarang persoalan undang-undang yang benar-benar wujud juga perlu diselesaikan melalui saluran yang betul.
Yang dituntut bukan layanan istimewa. Yang dituntut ialah kepastian, ketelusan dan konsistensi.
Jangan sampai titah menjadi seperti surat jemputan kenduri โ semua orang tahu ada, tetapi tuan rumah sendiri tidak tahu bila hendak dilaksanakan! – ND
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
