Nooryana kecewa pelaksanaan tahanan rumah bapanya tertangguh

PETALING JAYA – Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa meluahkan kekecewaan terhadap keputusan menangguhkan sekali lagi pelaksanaan tahanan rumah bapanya, meskipun denda RM50 juta yang ditetapkan dalam perintah pengampunan bersyarat telah dilunaskan.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram, Nooryana mempersoalkan mengapa bayaran denda berkenaan diterima sekiranya masih terdapat halangan untuk melaksanakan pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Katanya, keluarga mereka sudah memenuhi syarat yang ditetapkan dengan mengumpulkan dana dan menjelaskan keseluruhan denda RM50 juta mengikut proses ditentukan.

“Sebagai anak, saya memang sangat kecewa. Kami telah ikut apa yang telah ditetapkan dalam perintah pengampunan bersyarat Tuanku. Kami kumpul dana, kami bayar RM50 juta denda, kami ikut proses yang ditetapkan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Kalau ada syarat lain, kenapa tak dimaklumkan dari awal dan kalau masih ada halangan, kenapa terima bayaran RM50 juta itu semalam,” katanya.

Menurut Nooryana, perkembangan terbaharu itu mengimbau kembali pengalaman sukar yang terpaksa dilalui keluarganya berhubung isu titah tambahan diraja yang dikatakan membolehkan bapanya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Beliau berkata, keluarganya sudah terlalu lama berdepan ketidaktentuan dan penangguhan, sedangkan mereka mengharapkan Najib dapat kembali ke pangkuan keluarga selepas memenuhi ketetapan yang dikenakan.

“Terlalu banyak perkara berulang-alik, ketidaktentuan dan penangguhan demi penangguhan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Setiap kali kami rasa ayah dah semakin hampir nak balik, ada saja halangan baharu. Sampai bila perkara ini perlu berlarutan? Kami cuma mohon keadilan berterusan. Kami nak perintah Tuanku dihormati dan kedaulatan undang-undang ditegakkan,” katanya.

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) mencadangkan supaya pelaksanaan tahanan rumah Najib ditangguhkan sementara sehingga penelitian terhadap perintah pengampunan bersyarat dan Perintah Pelepasan Mahkamah Tinggi selesai.

AGC menjelaskan terdapat persoalan perundangan yang kompleks berkaitan skop serta kesan kedua-dua perintah berkenaan terhadap pelaksanaan baki hukuman Najib.

Bagaimanapun, Istana Negara dalam kenyataan terbaharu memaklumkan Yang di-Pertuan Agong menegaskan perintah pengampunan bersyarat itu jelas, nyata dan tidak mempunyai sebarang kekaburan.

Istana Negara turut menjelaskan bahawa perintah berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kes lain yang dihadapi Najib.

Menurut kenyataan itu, semua syarat dalam perintah pengampunan bersyarat telah dipenuhi dan tidak sepatutnya timbul kekeliruan tafsiran atau ketidakpastian berpanjangan mengenai pelaksanaannya.

Istana Negara turut mengingatkan bahawa sebarang hujah yang mempertikaikan perintah berkenaan boleh menjurus kepada perbuatan mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong.

Untuk rekod, perintah pengampunan pada 2024 menyaksikan hukuman penjara Najib dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *