Tahanan Rumah Najib: KJ desak peguam negara bercuti

ALOR GAJAH – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menggesa Peguam Negara, Tan Sri Dusuki Mokhtar mengambil cuti serta-merta sementara polis menjalankan siasatan berhubung laporan yang dibuat terhadapnya susulan keputusan menangguhkan pelaksanaan tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Khairy berkata, gesaan itu mengambil kira beberapa laporan polis yang telah dibuat terhadap Peguam Negara, termasuk oleh Pemuda UMNO, berikutan kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang memutuskan pelaksanaan tahanan rumah Najib perlu ditangguhkan sementara bagi meneliti persoalan perundangan berkaitan perintah pengampunan.

Menurutnya, kedudukan Dusuki sebagai individu yang menjadi subjek siasatan menimbulkan persoalan mengenai kewajaran beliau terus menjalankan tugas seperti biasa sepanjang proses berkenaan berlangsung.

“Prosesnya sekarang adalah peguam negara mesti mengambil cuti. Beliau sekarang ini adalah ‘the subject of investigation’ (subjek siasatan).

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Laporan polis dibuat dan apabila laporan polis dibuat, siasatan mesti dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ramah mesra bersama penduduk dan calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Rembia, Ahmad Norazril Abdul Aziz.

Khairy turut menegaskan pendiriannya menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong serta menghormati kuasa perlembagaan baginda dalam urusan pengampunan menerusi Lembaga Pengampunan.

Beliau menyifatkan perkembangan itu bukan isu kecil kerana sudah mencetuskan reaksi serius Istana Negara, selain mendorong beberapa pihak membuat laporan polis bagi menuntut tindakan lanjut.

Sebelum ini, UMNO mengumumkan sayap Pemuda serta beberapa bahagian dan perhubungan negeri parti itu akan membuat laporan polis berhubung penangguhan pelaksanaan perintah pengampunan bersyarat terhadap Najib.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Istana Negara pula dalam kenyataan menegaskan, sebarang tindakan mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah boleh menjurus kepada perbuatan mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong.

Kontroversi itu tercetus selepas UMNO mengumumkan kejayaan mengumpulkan dana bagi melunaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadap Najib menerusi kempen sumbangan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kemudiannya mengeluarkan perintah pelepasan selepas pembayaran denda berkenaan direkodkan. Bagaimanapun, AGC memaklumkan pelaksanaan tahanan rumah perlu ditangguhkan sementara bagi meneliti persoalan undang-undang berkaitan skop perintah pengampunan dan kesan keputusan mahkamah.

Najib sebelum ini turut dijatuhi hukuman penjara 15 tahun serta denda RM11.387 bilion dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam perkembangan terbaharu, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan Peguam Negara telah memohon perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi menyembah maklum pendiriannya untuk mematuhi titah baginda berhubung perintah pengampunan bersyarat Najib dalam kes SRC International.

Pertemuan itu juga bertujuan memberikan penjelasan mengenai persoalan perundangan yang timbul daripada perintah pelepasan Mahkamah Tinggi susulan pembayaran denda RM50 juta, khususnya berkaitan kesannya terhadap tarikh permulaan hukuman penjara dalam kes 1MDB.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *