Asyraf: Peguam negara tidak perlu menghadap Agong berhubung isu tahanan rumah Najib

PETALING JAYA – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan tiada keperluan untuk Peguam Negara, Tan Sri Dusuki Mokhtar diarahkan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memberikan penjelasan berhubung isu pelaksanaan tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Asyraf, Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memperuntukkan kuasa pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong, termasuk kuasa memberikan pengampunan, mengurangkan hukuman atau meringankan sesuatu hukuman melalui Lembaga Pengampunan.

Katanya, keputusan yang dibuat menerusi proses perlembagaan berkenaan perlu dihormati dan tidak seharusnya dipertikaikan.

“Apabila Agong sudah menitahkan perkara itu melalui proses yang sewajarnya, iaitu menerusi Lembaga Pengampunan, keputusan berkenaan tidak boleh dipertikaikan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Oleh itu, tiada keperluan untuk peguam negara diarahkan menghadap Agong bagi memberikan penjelasan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Peguam Negara menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi menjelaskan persoalan perundangan yang timbul berhubung pelaksanaan titah tahanan rumah terhadap Najib.

Anwar sebelum ini menegaskan kerajaan mengiktiraf titah serta bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong dan sedang membuat persiapan sewajarnya bagi memenuhi keputusan berkenaan serta memastikan tanggungjawab pelaksanaannya ditunaikan.

Isu itu kembali menjadi perhatian selepas UMNO mengumumkan kejayaan mengumpulkan dana bagi melunaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadap Najib menerusi kempen sumbangan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kemudian mengeluarkan perintah pelepasan selepas pembayaran denda berkenaan direkodkan.

Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan bahawa pelaksanaan tahanan rumah wajar ditangguhkan sementara bagi membolehkan penelitian dibuat terhadap persoalan perundangan berkaitan perintah pengampunan dan kesan perintah mahkamah.

Perkembangan itu turut mendapat perhatian Istana Negara yang menegaskan bahawa sebarang tindakan mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah boleh dianggap sebagai perbuatan mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong.

Menurut kenyataan Istana Negara, perintah pengampunan bersyarat itu jelas, nyata dan tidak mempunyai sebarang kekaburan serta tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kes lain yang dihadapi Najib.

Istana Negara turut mengingatkan bahawa kuasa pengampunan merupakan prerogatif diraja yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dan perlu dihormati selaras dengan kedudukan Raja Berperlembagaan serta prinsip kedaulatan undang-undang.

Kenyataan itu turut menjelaskan bahawa semua syarat dalam perintah pengampunan bersyarat berkenaan telah dipenuhi dan tidak sepatutnya timbul kekeliruan tafsiran atau ketidakpastian berpanjangan mengenai pelaksanaannya.

Dalam perkembangan berkaitan, AGC menjelaskan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan tahanan rumah Najib bukan bertujuan mempertikaikan pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Sebaliknya, jabatan itu berkata terdapat persoalan undang-undang yang perlu diperjelaskan, khususnya mengenai skop dan kesan arahan pelepasan berkenaan.

Antara perkara yang menjadi persoalan ialah sama ada perintah tersebut hanya berkaitan pembayaran denda atau turut membolehkan baki hukuman penjara Najib dalam kes SRC International diteruskan menerusi kaedah tahanan rumah.

AGC juga membangkitkan persoalan sama ada perintah berkenaan membawa maksud hukuman penjara dalam kes SRC International telah selesai sepenuhnya.

Penjelasan itu penting kerana Mahkamah Tinggi sebelum ini menetapkan hukuman penjara dalam kes 1MDB perlu bermula selepas Najib selesai menjalani hukuman bagi kes SRC International.

Perbezaan tafsiran mengenai kesan perintah pengampunan dan pelaksanaan keputusan mahkamah itu kini menjadi antara isu utama yang memerlukan penjelasan dari sudut perundangan.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *