Prof. Dr. Solehah terima pengiktirafan USE-WPF Professor antarabangsa

KUALA LUMPUR – Prof. Dr. Solehah Yaacob menerima watikah pengiktirafan USE-WPF PROFESSOR dalam bidang Philosophy of Language and Civilizational Studies (Falsafah Bahasa dan Kajian Peradaban) daripada World Philosophical Forum (WPF), sekali gus mengiktiraf sumbangan beliau dalam bidang keilmuan dan penyelidikan di peringkat antarabangsa.

Pengiktirafan itu disampaikan dalam majlis yang berlangsung di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur, semalam.

Pengerusi Pertubuhan Negarawati Tanahair, Bibi Sunita Sakandar Khan berkata, pencapaian itu bukan sahaja membanggakan Prof. Dr. Solehah secara peribadi, malah turut mengharumkan nama dunia akademik, ilmuwan wanita dan Malaysia.

Beliau berkata, pengiktirafan itu mencerminkan ketekunan, kesungguhan dalam penyelidikan serta sumbangan berterusan Prof. Dr. Solehah dalam mengembangkan pemikiran intelektual, khususnya berkaitan falsafah bahasa, epistemologi, warisan intelektual Islam dan kajian peradaban.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurutnya, usaha beliau turut merangkumi penghayatan serta pemerkasaan tradisi keilmuan Melayu-Nusantara yang mempunyai nilai penting dalam pembentukan identiti dan tamadun bangsa.

“Pencapaian ini membuktikan ilmuwan wanita Malaysia mampu berdiri sebaris dengan tokoh akademik antarabangsa melalui kepakaran, ketekunan dan sumbangan dalam bidang masing-masing,” katanya dalam kenyataan sempena pengiktirafan itu.

Bibi Sunita berkata, kejayaan Prof. Dr. Solehah turut membawa mesej penting wanita bukan sekadar pewaris peradaban, sebaliknya berperanan sebagai pemikir, pembina, pemelihara dan pencorak masa depan bangsa serta negara.

Katanya, dalam dunia semakin mencabar nilai, identiti dan pemikiran manusia, masyarakat memerlukan lebih ramai tokoh ilmuwan yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah menjadikan ilmu sebagai asas pembentukan akhlak, kebijaksanaan, keadilan dan kesejahteraan sejagat.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Sehubungan itu, beliau berharap pengiktirafan berkenaan menjadi pemangkin kepada lebih banyak sumbangan dan penghasilan karya ilmiah Prof. Dr. Solehah, terutama dalam mengangkat martabat bahasa, pemikiran Islam, warisan intelektual serta peradaban Melayu ke persada dunia.

“Ilmu yang benar bukan sekadar mengangkat kedudukan seseorang, tetapi turut menerangi pemikiran, membina peradaban dan meninggalkan warisan bermakna untuk generasi akan datang.

“Kejayaan ini juga diharapkan menjadi inspirasi kepada seluruh wanita Malaysia untuk terus meneroka bidang ilmu, memperluas pemikiran dan membuktikan bahawa kecemerlangan wanita negara tidak mengenal sempadan,” katanya.

Beliau turut mendoakan agar Prof. Dr. Solehah dikurniakan kesihatan, kekuatan dan keberkatan ilmu untuk terus menyumbang kepada agama, bangsa, negara dan kemanusiaan.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *