Maklum Balas Belia Jadi Panduan Penambahbaikan KIBAR

KUALA TERENGGANU – Keperluan golongan belia berbeza mengikut kawasan dan latar belakang, sekali gus memerlukan pendekatan bersesuaian bagi memastikan program pembangunan mereka benar-benar menepati keperluan di peringkat akar umbi.

Justeru, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan meneliti maklum balas yang diterima sepanjang pelaksanaan Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) 2026 bagi mengenal pasti aspek yang boleh dipertingkatkan pada masa hadapan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol berkata, maklum balas diterima setakat ini secara umumnya positif, namun penilaian perlu turut mengambil kira tahap penglibatan peserta serta pandangan yang dikemukakan sepanjang program berlangsung.

Menurutnya, jumlah kehadiran sahaja tidak mencukupi untuk menggambarkan keberkesanan sesuatu inisiatif, sebaliknya maklumat yang diperoleh daripada golongan sasaran penting dalam menentukan pendekatan seterusnya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Kita tidak hanya memberi tumpuan kepada kawasan bandar, malah turut mendekati belia di luar bandar.

“Justeru, kita akan meneliti semula pelaksanaannya bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan untuk siri akan datang,” katanya ketika ditemui pada KIBAR peringkat Terengganu di Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu, Pulau Duyong, di sini, semalam.

Mengulas isu dibangkitkan peserta, Mordi berkata, keperluan infrastruktur dan kemudahan sukan antara perkara yang sering mendapat perhatian, selain bantuan serta sokongan dana bagi menjayakan aktiviti golongan muda.

Pada masa sama, katanya, KBS mahu memperluas pemahaman masyarakat mengenai tanggungjawab kementerian yang turut merangkumi pelbagai aspek pembangunan belia, bukan hanya penyediaan kemudahan sukan dan pemberian geran.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Sesi dialog yang diadakan sempena program itu turut membolehkan peserta dari seluruh Terengganu berinteraksi secara langsung dengan kepimpinan kementerian untuk menyampaikan pandangan serta mengetengahkan keperluan pembangunan belia di kawasan masing-masing.

Terengganu menjadi lokasi ke-16 siri KIBAR 2026 yang bermula sejak April lalu, manakala Pahang dijadual menjadi persinggahan terakhir bagi inisiatif yang dilaksanakan menerusi 17 siri di seluruh negara itu.

Program berkenaan memberi tumpuan kepada usaha mendekati golongan belia yang tidak menyertai persatuan, selain membuka ruang kepada mereka untuk terlibat dalam aktiviti pembangunan komuniti.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *