Tukar juruaudit luar tidak jejaskan operasi kumpulan – SCIB

KUALA LUMPUR – Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) mengesahkan pertukaran juruaudit luarnya kepada Morison LC PLT berkuat kuasa hari ini, sambil menegaskan perubahan tersebut tidak menjejaskan operasi perniagaan atau pelaksanaan projek sedia ada kumpulan.

SCIB berkata, Morison LC PLT menggantikan Kreston John & Gan selepas semua prosedur dan keperluan kawal selia diselesaikan, termasuk memperoleh pelepasan daripada juruaudit terdahulu serta persetujuan bertulis firma baharu itu.

Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SCIB, Michael Tan Thian Zhi berkata, pertukaran juruaudit tersebut dilaksanakan secara teratur bagi memastikan kesinambungan proses pelaporan kewangan serta mengekalkan standard tadbir urus dan ketelusan syarikat.

“Kami berbesar hati mengalu-alukan Morison LC PLT sebagai juruaudit luar baharu dan menghargai perkhidmatan profesional serta sumbangan Kreston John & Gan kepada SCIB,” katanya.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata, operasi kumpulan berjalan seperti biasa dengan tumpuan diberikan kepada pelaksanaan projek dalam buku tempahan, peningkatan kecekapan operasi serta meneruskan kemajuan yang dicapai di Sabah sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Menurut SCIB, aktiviti pembinaan, kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) serta sistem binaan berindustri (IBS) di Sarawak dan Sabah diteruskan seperti dirancang, tanpa sebarang perubahan terhadap komitmen projek kumpulan.

Morison LC PLT merupakan firma audit, percukaian dan khidmat nasihat Malaysia yang menjadi ahli Morison Global, sebuah rangkaian antarabangsa firma perakaunan dan perundingan bebas. Firma itu akan bertanggungjawab mengaudit penyata kewangan SCIB selepas ini.

Sebagai latar belakang, SCIB mengumumkan cadangan pertukaran juruaudit pada 9 Oktober 2026 dengan menamakan Morison LC PLT sebagai pengganti Kreston John & Gan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Syarikat yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia itu menjalankan perniagaan pembinaan, kejuruteraan dan penyelesaian IBS.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *