KUALA LUMPUR – Aneka Jaringan Holdings Bhd mencatat hasil RM305.79 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2026, meningkat 18.35 peratus daripada RM258.38 juta pada tahun kewangan sebelumnya.
Bagaimanapun, keuntungan kasar kumpulan berkurang kepada RM18.30 juta daripada RM22.78 juta, manakala margin keuntungan kasar menyusut kepada 5.98 peratus berbanding 8.82 peratus susulan peningkatan kos input sepanjang tahun.
Aneka Jaringan masih mencatat keuntungan selepas cukai RM0.36 juta bagi tahun kewangan 2026 walaupun berdepan tekanan kos konkrit, diesel dan bahan habis pakai.
Bagi suku keempat, hasil meningkat 25.88 peratus kepada RM78.74 juta daripada RM62.55 juta pada tempoh sama tahun lalu, didorong pelaksanaan projek yang berterusan merentasi portfolio pembinaannya.
Namun, keuntungan kasar suku berkenaan menurun kepada RM4.46 juta daripada RM6.69 juta. Kumpulan turut mengiktiraf rosot nilai bersih RM1.65 juta ke atas penghutang perdagangan dan aset kontrak.
Perkembangan itu menyebabkan kumpulan mencatat kerugian sebelum cukai RM0.94 juta berbanding keuntungan sebelum cukai RM1.65 juta setahun lalu. Selepas mengambil kira kredit cukai pendapatan bersih RM0.92 juta, kerugian selepas cukai berada pada RM0.01 juta.
Dari sudut prestasi suku ke suku, hasil meningkat 15.10 peratus daripada RM68.41 juta, manakala keuntungan kasar melonjak 34.39 peratus daripada RM3.32 juta. Kerugian selepas cukai turut mengecil daripada RM1.66 juta pada suku ketiga kepada RM0.01 juta.
Pengarah Urusan Aneka Jaringan, Pang Tse Fui berkata, peningkatan berurutan pada suku keempat memberi perkembangan positif kepada kumpulan selepas margin terjejas oleh tekanan kos sepanjang tahun kewangan.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Hasil dan keuntungan kasar bertambah baik daripada suku sebelumnya, manakala kerugian selepas cukai kami mengecil dengan ketara,” kata Tse Fui.
Beliau berkata, lebih banyak projek dilaksanakan pada suku keempat diperoleh menggunakan harga lebih terkini, sekali gus membolehkan harga tender mencerminkan kos semasa bagi bahan binaan dan bahan habis pakai dengan lebih baik.
Setakat 31 Ogos 2026, kumpulan memperoleh kontrak baharu bernilai RM247.91 juta dan mempunyai buku pesanan tertunggak RM203.28 juta.
Aneka Jaringan turut menyelesaikan pengambilalihan 51 peratus kepentingan dalam P3 International Sdn. Bhd. pada harga RM1.02 juta pada Julai lalu bagi meluaskan pendedahan geografinya.
Tse Fui berkata, kumpulan akan kekal berdisiplin dalam pemilihan dan pelaksanaan projek, selain memperkukuh pengurusan kos serta produktiviti tapak.
Aneka Jaringan juga akan memantau pergerakan kos bahan, bahan api dan pengangkutan sambil mengejar peluang baharu secara terpilih berdasarkan terma komersial yang sesuai.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
