Norhizam Kembali Intai Pengkalan Batu Sebagai Calon BERSATU

MELAKA – Pernah mencipta perhatian ketika menjadi wakil rakyat atas tiket DAP, termasuk menerima gelaran kontroversi ‘YB Beliau’ dan ‘YB tembak babi’, Datuk Norhizam Hassan Baktee kini kembali ke gelanggang politik dengan misi baharu apabila dipilih Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pemilihan Norhizam, 60, oleh pucuk pimpinan BERSATU memperlihatkan usaha parti itu mempertaruhkan seorang bekas wakil rakyat yang pernah mempunyai pengalaman berkhidmat di kawasan berkenaan bagi merebut kembali sokongan pengundi.

Walaupun pernah menjadi sasaran kritikan dan menerima pelbagai gelaran sepanjang tempoh perkhidmatannya, Norhizam tidak menganggap perkara itu sebagai penghalang untuk kembali menawarkan diri sebagai wakil rakyat.

Sebaliknya, beliau melihat gelaran berkenaan sebagai sebahagian daripada perjalanan politik dan pengalaman ketika memegang amanah sebagai wakil rakyat selepas memenangi kerusi DUN Pengkalan Batu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 2018.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurutnya, keberanian turun padang dan berhadapan sendiri dengan masalah penduduk antara pendekatan yang perlu ada pada seseorang wakil rakyat, tanpa terlalu memikirkan persepsi atau gelaran diberikan pihak lain.

Beliau berkata, sepanjang diberikan mandat sebelum ini, keutamaan sentiasa diberikan kepada usaha membantu masyarakat serta menyelesaikan permasalahan yang dibangkitkan penduduk.

“Tengok gelaran yang saya dapat, mana YB yang berani pergi macam itu, pergi tembak babi. Saya digelar babi … tetapi pada saya itu hanya gelaran sahaja.

“Wakil rakyat kena berani, bekerja pakai hati untuk selesaikan masalah rakyat. Itu yang saya akan lakukan dahulu, (kini) saya akan buat lebih baik lagi,” katanya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Norhizam yang juga Naib Ketua Bahagian BERSATU Hang Tuah Jaya berkata, faktor usia tidak akan menjadi penghalang kepada hasratnya untuk kembali memberikan khidmat kepada masyarakat, khususnya penduduk di kawasan Pengkalan Batu.

Beliau mengakui sudah mencecah usia 60 tahun, namun semangat untuk bekerja dan berhadapan dengan pelbagai cabaran di lapangan belum luntur.

Baginya, tanggungjawab sebagai wakil rakyat bukan sekadar menghadiri majlis rasmi atau muncul ketika musim pilihan raya, sebaliknya memerlukan komitmen berterusan untuk memahami keperluan penduduk serta memastikan masalah setempat diberikan perhatian.

Dalam usaha mendapatkan semula kepercayaan pengundi, Norhizam berkata, beliau mahu memberikan tumpuan kepada isu asas yang masih membelenggu kehidupan masyarakat di kawasan berkenaan.

Antara perkara yang menjadi perhatiannya ialah masalah banjir kilat yang didakwa belum diselesaikan secara menyeluruh, terutama berpunca daripada kelemahan sistem perparitan dan longkang.

Beliau berpandangan masalah seumpama itu memerlukan tindakan berterusan, termasuk penyelenggaraan sistem perparitan, pemantauan kawasan berisiko serta penyelarasan antara agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.

Justeru, sekiranya kembali memperoleh mandat, beliau mahu memastikan isu berkaitan kemudahan asas penduduk menjadi antara keutamaan dalam agenda perkhidmatannya.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *