Bekas ketua persatuan majikan Perancis ketuai penganjur Olimpik Musim Sejuk 2030

PARIS – Bekas ketua persatuan majikan Perancis Geoffroy Roux de Bezieux dilantik sebagai Presiden Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk 2030 yang berdepan krisis dalaman, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Penganjur dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan bahawa Roux de Bezieux, 64, dipilih sebulat suara oleh anggota jawatankuasa lain sambil menyatakan beliau mempunyai pengalaman luas dalam mengetuai pasukan kerja yang besar.

Sukan Olimpik Musim Sejuk 2030 akan berlangsung di beberapa lokasi di Pergunungan Alps Perancis.

Pendahulunya, Edgar Grospiron meletak jawatan pada September susulan pertelingkahan dalaman.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurut laporan media, bekas juara Olimpik acara ski gaya bebas itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakan sekerja akibat gaya pengurusannya dan kehilangan kepercayaan pihak berkepentingan, termasuk kerajaan Perancis.

Roux de Bezieux mengetuai persatuan majikan itu dari 2018 hingga 2023 dan pernah menjadi anggota lembaga pengarah bagi Sukan Olimpik Musim Panas Paris 2024 serta Piala Dunia Ragbi 2023 di Perancis.

Pada Februari, Ketua Pengarah Cyril Linette meletak jawatan susulan “perbezaan pendapat yang tidak dapat diselesaikan” dengan Grospiron.

Peletakan jawatan Grospiron pula menyusuli pengunduran tiga lagi pegawai kanan jawatankuasa berkenaan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Perancis sebelum ini pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk di Chamonix (1924), Grenoble (1968) dan Albertville (1992).

Penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk di Albertville menerima kritikan meluas daripada atlet dan pengunjung. – BERNAMA-dpa

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *