Antonelli tidak sihat menjelang GP Mexico, semakin hampir muncul juara dunia termuda F1

MEXICO CITY – Pemandu Mercedes, Kimi Antonelli dikecualikan daripada tugasan media pada Khamis selepas dilaporkan kurang sihat menjelang perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Mexico City hujung minggu ini, yang berpotensi menyaksikannya muncul juara dunia termuda dalam sejarah sukan itu.

Pasukan Mercedes memaklumkan, pemandu Itali berusia 20 tahun itu sedang pulih daripada jangkitan virus dan tidak berada dalam keadaan terbaik.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, FIA telah mengecualikan beliau daripada tugasan media wajib bagi membolehkannya berehat menjelang perlumbaan hujung minggu ini.

“Kami menjangkakan beliau akan kembali esok,” kata jurucakap pasukan itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Antonelli berpeluang mengesahkan kejuaraan dunia F1 pada Ahad sekiranya menamatkan perlumbaan di kelompok sembilan terbaik di Litar Autodromo Hermanos Rodriguez.

Beliau tetap akan dinobatkan sebagai juara walaupun pencabar terdekat merangkap rakan sepasukannya, George Russell, memenangi perlumbaan berkenaan.

Pemandu muda itu membawa kelebihan 123 mata selepas meraih kemenangan di Grand Prix Amerika Syarikat di Texas minggu lalu, dengan hanya lima perlumbaan berbaki dan maksimum 125 mata masih boleh direbut.

Sementara itu, pasukan Cadillac turut mengesahkan pemandunya, Valtteri Bottas, kurang sihat dan mengambil cuti rehat sehari.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Pasukan berkenaan bagaimanapun menegaskan keadaan itu tidak menjejaskan penyertaan Bottas sepanjang baki hujung minggu perlumbaan.

“Ini adalah langkah berjaga-jaga dan ketika ini tidak menjejaskan penyertaannya untuk baki perlumbaan hujung minggu ini,” menurut kenyataan pasukan tersebut. – Agensi

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *