Tadika Tengku Anis 3 Raih Anugerah Emas Antarabangsa

Oleh: Abd. Ghaffar Daud

PASIR MAS – Tadika Tengku Anis 3, melakar sejarah tersendiri apabila berjaya meraih Anugerah Emas (Gold Award) pada peringkat antarabangsa menerusi Global Sustainability Project 2026 dalam kluster Eureka Smart City bagi kategori tadika.

Kejayaan membanggakan itu membuktikan murid prasekolah juga mampu menghasilkan idea kreatif dan inovatif yang memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya dalam usaha memupuk kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.

Guru Besar Tadika Tengku Anis 3, Hasmidah Wan Hamat berkata, pencapaian itu amat membanggakan kerana murid berusia enam tahun mampu menghasilkan projek yang mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa dengan bimbingan guru.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Kami amat bersyukur dan berbangga dengan kejayaan ini. Pencapaian tersebut membuktikan murid prasekolah mempunyai potensi besar untuk meneroka idea baharu, berfikir secara kreatif dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat apabila diberikan peluang serta bimbingan sewajarnya,” katanya.

Projek anjuran Globally Empowered itu mengetengahkan kreativiti dan inovasi murid dalam menghasilkan konsep bandar pintar menggunakan bahan kitar semula, sekali gus mendidik mereka supaya lebih menghargai alam sekitar sejak usia awal.

Projek itu disertai empat murid berusia enam tahun, iaitu Putera Yusuf Mohd Idris, Wan Ahmad Adam Mohd Mayidin, Mikayla Aisyah Mohamad Khairi dan Nur Ayra Farisya Hamzah.

Mereka dibimbing dua guru, Nurul Hamimi Che Abdul Rahim dan Nur Izzurin Zakaria, yang membantu mengembangkan idea, memupuk semangat kerjasama serta merealisasikan projek berkenaan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Menurut Hasmidah, pengalaman menyertai projek seumpama itu bukan sahaja memberikan pendedahan kepada murid mengenai kepentingan kelestarian alam, malah membantu membina keyakinan diri, disiplin dan kemahiran berkomunikasi.

“Apa yang penting, murid belajar untuk bekerjasama, menyelesaikan masalah dan berani menyampaikan idea. Kemahiran ini amat bernilai dalam membentuk perkembangan diri mereka secara menyeluruh,” katanya.

Keputusan rasmi pertandingan itu diumumkan menerusi sesi Sharing Session of the Sustainability Project 2026 melalui platform Google Meet pada 28 Oktober lalu.

Kejayaan itu turut selari dengan aspirasi Kurikulum Prasekolah 2026 (KP2026) yang menekankan perkembangan holistik kanak-kanak, pembentukan sahsiah serta penguasaan kemahiran yang relevan dengan kehidupan seharian.

Melalui pelaksanaan projek berkenaan, murid berpeluang mengembangkan pemikiran kritis, meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Pencapaian Tadika Tengku Anis 3 bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan itu diharapkan menjadi inspirasi kepada institusi pendidikan lain untuk terus memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak menerusi pendekatan pembelajaran yang kreatif, inovatif dan berteraskan nilai murni.

Kejayaan meraih Anugerah Emas itu bukan sekadar kemenangan dalam pertandingan, malah menjadi bukti pendidikan prasekolah mampu membuka ruang kepada kanak-kanak untuk menyerlahkan potensi diri serta menyumbang kepada kelestarian alam sekitar.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *