KAPIT – Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa ditemukan tertimbus dalam tanah berhampiran sebuah rumah sewa di Jalan Airport di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kapit, DSP Rohana Nanu berkata, bayi yang baharu dilahirkan itu ditemukan anggota polis selepas terdengar tangisannya ketika menjalankan pencarian di lokasi berkenaan.
“Polis menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.30 petang semalam (Selasa). Pada waktu itu, anggota terdengar tangisan bayi sebelum melakukan pencarian dan menemukannya tertimbus dalam tanah,” katanya kepada Bernama.
Rohana berkata, bayi yang berada dalam keadaan kritikal itu dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut dan ibunya juga sudah dikenal pasti, namun siasatan belum dilakukan kerana dia sedang dirawat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
