KOTA BHARU – Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini ditutup sementara sehingga 23 April 2028 bagi memberi laluan kepada kerja pembinaan gerai dan kemudahan awam di kawasan berkenaan.
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) memaklumkan, penutupan itu bermula 24 Ogos lalu dan dijadualkan berlangsung selama 87 minggu.
Sehubungan itu, penjaja dan orang ramai diminta tidak menjalankan aktiviti perniagaan atau memasuki kawasan projek sepanjang tempoh berkenaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini serta memastikan kerja pembinaan berjalan lancar.
Dalam kenyataannya, MPKB-BRI turut memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan menghargai kerjasama orang ramai sepanjang tempoh penutupan berkenaan.
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
