Lelaki terselamat dahan pokok berusia lebih 50 tahun hempap kereta

IPOH – Seorang lelaki terselamat selepas kereta dipandunya dihempap dahan pokok di hadapan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kuala Kangsar, pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8.57 pagi.

“Tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar yang tiba di lokasi kejadian mendapati dahan daripada sebatang pokok dianggarkan berusia lebih 50 tahun telah jatuh dan menghempap sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

“Pemandu kereta iaitu lelaki berusia 31 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah keluar dari kenderaan itu sebelum pihak bomba tiba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Beliau berkata kejadian berlaku dalam keadaan cuaca baik dan pasukan bomba membuat pemotongan pokok menggunakan gergaji berantai hingga selesai.

Operasi tamat sepenuhnya pada 9.20 pagi. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *