Rakan sekelas didakwa bunuh Irene Sofiya

BATU PAHAT – Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, awal bulan ini.

Prosiding pertuduhan terhadap tertuduh dijalankan secara tertutup di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno berikutan kes membabitkan pesalah bawah umur.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Irene Sofiya di dewan sebuah sekolah menengah di Yong Peng, antara jam 2.30 petang dan 4 petang pada 3 Oktober lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574), yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Jika tidak dijatuhi hukuman mati, pesalah juga boleh dikenakan hukuman sebatan sekurang-kurangnya 12 kali, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Juanita Mohd Said manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Azlan Shah Mohd Allias dan Suhaila Shafi’uddin Mohd.

Pengamal media yang berada di perkarangan mahkamah sejak jam 8 pagi difahamkan tertuduh tiba di mahkamah seawal jam 7 pagi dan dilihat beredar kira-kira jam 9.30 pagi selepas prosiding selesai.

Sementara itu, peguam, Mohd Azlan yang ditemui di luar kamar mahkamah memberitahu, mahkamah menetapkan 22 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan forensik dan bedah siasat.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Menurutnya, tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin berikutan pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, katanya, remaja itu akan ditempatkan di bahagian berasingan dan tidak dicampurkan dengan pesalah atau tahanan reman dewasa mengikut prosedur ditetapkan.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang pada 3 Oktober lalu, Irene Sofiya ditemukan tidak sedarkan diri dengan kecederaan parah pada badan, dipercayai akibat dipukul menggunakan objek keras.

Mangsa yang juga anak tunggal didapati tidak pulang ke rumah selepas kelas tambahan berakhir.

Rakannya kemudian menemukan motosikal yang ditunggang Irene Sofiya berada di dalam kawasan sekolah sebelum pergi ke rumah datuk dan nenek mangsa di Kampung Parit Selamat, Yong Peng.

Nenek mangsa, Jameyah Rabani, 65, bersama ibu saudaranya, Siti Nur Faeza Khyar, 45, serta rakan mangsa kemudian ke sekolah untuk mencarinya sebelum menemukan remaja itu dalam keadaan parah di dewan sekolah.

Susulan kejadian itu, polis menahan pelajar lelaki yang juga rakan sekelas mangsa bagi membantu siasatan.

Suspek direman sejak 4 Oktober lalu dan tempoh remannya dijadualkan berakhir hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar sebelum ini mendedahkan kecederaan trauma akibat objek tumpul di bahagian kepala disahkan sebagai punca kematian tragis Irene Sofiya.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *