Kapal penumpang Indonesia bawa 243 orang terputus hubungan, operasi mencari dilancar

JAKARTA – Pasukan penyelamat Indonesia melancarkan operasi mencari dan menyelamat selepas sebuah kapal penumpang yang membawa 243 orang dilaporkan terputus hubungan ketika belayar di Laut Jawa.

Menurut pihak berkuasa, kapal Virgo Transport 8 dalam perjalanan dari Surabaya di Jawa Timur ke Banjarmasin, Kalimantan Selatan apabila mengalami gangguan komunikasi.

Pejabat Mencari dan Menyelamat Banjarmasin memaklumkan kedudukan terakhir kapal itu dikesan di Laut Jawa, kira-kira 148 kilometer dari jeti di Banjarmasin.

Ketua operasi agensi penyelamat Banjarmasin, Arianto Ardi mengesahkan pihaknya telah kehilangan hubungan dengan kapal berkenaan dan anggota penyelamat telah dihantar ke kawasan yang dikenal pasti.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Menurut laporan awal, pengendali kapal memaklumkan insiden itu selepas menerima maklumat kapal berkenaan berdepan cuaca buruk semasa pelayaran.

Setakat ini, tiada laporan mengenai mangsa yang cedera atau terkorban.

Indonesia kerap berdepan insiden maritim berikutan keadaan cuaca tidak menentu serta penggunaan pengangkutan laut yang meluas di negara kepulauan terbesar dunia itu.

Operasi mencari masih diteruskan bagi mengesan kapal dan kesemua penumpang serta anak kapal yang berada di dalamnya.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *