Lelaki Ditahan Disyaki Bunuh Ibu Kandung di Tambunan

TAMBUNAN (SABAH) – Seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan selepas disyaki membunuh ibunya di sebuah rumah sewa di Kampung Katagayan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superitendan Erwansyah Abdul Basir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2 petang.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 56 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan dipercayai berpunca daripada senjata tajam.

Susulan laporan itu, polis menjalankan usaha mengesan suspek sebelum lelaki berkenaan berjaya ditahan penduduk kampung di sebuah sulap atau pondok tradisional di Kampung Sukung, Tambunan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Suspek kemudiannya dibawa penduduk ke Balai Polis Tambunan menggunakan kenderaan mereka.

“Setibanya di pekarangan Balai Polis Tambunan, tangkapan rasmi dibuat oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, pasukan penyiasat dan forensik telah menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian dan merampas beberapa barangan kes yang dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden berkenaan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat bagi membantu siasatan lanjut.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Erwansyah menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berhubung kejadian tersebut.

Tambunan adalah sebuah daerah pedalaman Sabah yang terletak kira-kira 72 kilometer dari Kota Kinabalu.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *