Seni, budaya ‘jambatan’ hubungkan warisan Melaka, Indonesia

PRN Melaka semakin hampir, Ab Rauf beri bayangan DUN dibubar tidak lama lagi

KUALA LUMPUR – Teka-teki mengenai tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka semakin mendapat perhatian apabila Ketua Menterinya, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh memberi bayangan proses berkenaan akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

Ab. Rauf yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh khusus pembubaran DUN berkenaan, sebaliknya memaklumkan pengumuman akan dibuat apabila tiba masa yang dianggap paling sesuai.

Menurut beliau, segala persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah dilakukan sejak kira-kira dua tahun lalu dan kini parti hanya berada pada fasa akhir sebelum proses pembubaran dimulakan.

“Insya-Allah, tidak lama lagi. Apabila tiba masanya, saya akan umumkan. Waktunya tidak terlalu lama dan tidak terlalu singkat.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Persiapan kita sudah dibuat sejak dua tahun lalu. Kita kini hanya menunggu masa sesuai untuk melengkapkan persiapan di peringkat akhir sebelum proses pembubaran DUN dimulakan,” katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di sini, hari ini.

Apabila ditanya secara khusus sama ada DUN Melaka berkemungkinan dibubarkan bulan ini, Ab. Rauf hanya menjawab ringkas, “Insya-Allah”.

Kenyataan itu menguatkan jangkaan Melaka bakal memasuki fasa pilihan raya negeri dalam masa yang tidak terlalu lama, walaupun tarikh sebenar belum diumumkan secara rasmi.

Dalam perkembangan berkaitan, Ab. Rauf turut memberikan gambaran jelas mengenai pendirian BN Melaka berhubung pembahagian kerusi menjelang PRN akan datang.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau menegaskan BN tidak bercadang untuk melepaskan mana-mana daripada 21 kerusi DUN yang dimenanginya pada pilihan raya terdahulu.

Menurutnya, kedudukan politik Melaka mempunyai keunikan tersendiri berbanding negeri lain susulan pembentukan kerajaan negeri berasaskan formula BN Plus.

Justeru, katanya, keputusan mengenai siapa yang bakal menjadi rakan strategik BN pada pilihan raya akan datang perlu diserahkan kepada kebijaksanaan rakyat dan kepemimpinan parti.

“Kita serahkan kepada rakyat untuk menentukan siapa rakan strategik terbaik untuk kerajaan negeri Melaka,” katanya.

Ab. Rauf turut menjelaskan rundingan rasmi dengan parti politik lain berhubung pembahagian kerusi belum dimulakan.

Katanya, BN hanya akan membuka ruang rundingan selepas DUN Melaka dibubarkan, sekali gus menunjukkan parti itu masih mempertahankan pendirian kedudukan kerusi perlu dibincangkan selepas pilihan raya negeri memasuki fasa rasmi.

“Kita belum memulakan rundingan kerana saya sudah tegaskan sebarang rundingan dengan mana-mana parti politik hanya akan diadakan selepas pembubaran DUN.

“Kita tidak boleh berkompromi mengenai 21 kerusi ini dengan berkongsi kerusi dengan pihak lain. Kita akan bertanding di kerusi masing-masing.

“Bagi tujuh kerusi lagi, parti yang memenanginya perlu bertanding dan mempertahankan kerusi masing-masing. Kita akan mempertahankan kerusi yang kita menangi,” katanya.

Sementara itu, Ab. Rauf turut menyambut baik Ucapan Dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada PAU 2026 yang disifatkannya sebagai pembentangan hala tuju baharu parti.

Beliau berkata, mesej disampaikan Ahmad Zahid perlu diterjemahkan kepada gerak kerja di semua peringkat parti, khususnya dalam usaha mengembalikan kekuatan dan dominasi UMNO menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

“Ucapan Presiden hari ini baik. Ia menunjukkan hala tuju baharu UMNO untuk terus dominan menjelang PRU16,” katanya.

itik Melaka selepas ini.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *