Nur Izzati cabar dominasi lelaki di Terengganu 4×4 Merdeka Challenge 2026

KUALA NERUS – Pelumba wanita, Nur Izzati Zonkifli kembali mencabar saingan Terengganu 4X4 Merdeka Challenge 2026 dengan sasaran mengulangi pencapaian podium dalam perlumbaan yang turut menghimpunkan kelompok pelumba lelaki dari seluruh negara.

Pelumba pasukan Laluan Rimba 4X4 dari Kedah berusia 28 tahun itu akan beraksi sebagai pemandu utama dalam kategori Super Novice Litecore dan Short Wheel Base (SWS), bergandingan bersama jurupandu arah Muhammad Amir Hakimi Awang.

Nur Izzati berkata, pengalaman empat tahun dalam sukan 4X4 banyak membantunya membina keyakinan untuk terus bersaing, walaupun arena berkenaan masih didominasi pelumba lelaki.

“Saya pernah berputus asa setelah seawal penampilan pertama saya dalam arena perlumbaan 4×4 pada empat tahun lalu di Sik, Kedah di mana ketika itu saya terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kerosakkan teruk pada kereta lumba pasukan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Jika tidak kerana ayah saya yang ketika itu juga adalah ‘copilot’ untuk memberi semangat meneruskan perlumbaan, sudah tentu saya tidak berada di sini untuk berlumba,” katanya.

Sokongan keluarga dan pasukan Laluan Rimba 4X4 kemudian menjadi pendorong untuk Nur Izzati meneruskan penglibatan dalam sukan berkenaan, termasuk menyertai perlumbaan di seluruh negara serta beberapa kejohanan di negara jiran.

“Laluan Rimba 4×4 juga banyak memberi ruang dan peluang untuk kami berlumba di seluruh negara malah beberapa kali ke negara jiran. Jujur berkata, tanpa sokongan dan dorongan dari pasukan ini mungkin kami hanya hadir sebagai penonton sahaja,” katanya.

Selepas beraksi di Jempol, Negeri Sembilan pada Julai lalu, Nur Izzati kini kembali ke Terengganu untuk memburu podium yang pernah diraihnya pada edisi terdahulu.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Untuk saingan kali ini, dia menempuh perjalanan lebih 400 kilometer dari Kodiang, Kedah merentasi Banjaran Titiwangsa bagi menyertai perlumbaan dua hari di Bandar Baru Kuala Nerus.

Terengganu 4X4 Merdeka Challenge 2026 menghimpunkan 56 pelumba dari seluruh negara dengan saingan membabitkan tiga kategori iaitu Super Novice Litecore, Short Wheel Base (SWS) dan Long Wheel Base (LWS), yang melabuhkan tirai hari pada 5 September 2026.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *