ATHENS – Sebuah pesawat pejuang Greece terhempas semasa pertunjukan udara di Pangkalan Udara Tanagra, kira-kira 55 kilometer di utara Athens, mengorbankan kedua-dua juruterbangnya, menurut akhbar TO Proto Thema pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kedua-dua juruterbang pesawat F-4 Phantom berkenaan ditemukan maut, menurut laporan itu.
Punca kejadian masih belum diketahui dan acara berkenaan dibatalkan serta-merta.
“Kami mendengar bunyi dentuman yang sangat kuat dan sejurus selepas itu melihat asap hitam tebal,” kata seorang penduduk tempatan kepada akhbar Kathimerini.
Pelbagai video yang dimuat naik oleh penonton di YouTube memaparkan insiden itu.
Pertunjukan Minggu Penerbangan Athens telah dianjurkan pada setiap September di Pangkalan Udara Tanagra sejak 12 tahun lepas.
Puluhan pesawat tentera dan awam serta pasukan pertunjukan udara akrobatik dari pelbagai negara termasuk Perancis, Austria, Sepanyol dan Itali menyertai pertunjukan udara antarabangsa tahun ini.
Tentera Udara Jerman turut diwakili oleh beberapa pesawat termasuk Eurofighter Typhoon dan Tornado.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Pihak penganjur memaklumkan bahawa tidak pernah berlaku sebarang kemalangan sepanjang sejarah penganjuran acara berkenaan. – dpa
Telegram: Nasional Daily
Facebook: Nasional Daily
TikTok: NasionalDaily
Whatsapp: NasionalDaily.com
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
