Semangat anak muda sambut Merdeka masih hangat โ€“ Tun M

PUTRAJAYA – Sambutan Hari Kebangsaan yang disertai rakyat dari pelbagai latar belakang, khususnya generasi muda, membuktikan semangat cintakan kemerdekaan masih subur dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau gembira melihat sambutan rakyat pada Merdeka Parade di Putrajaya yang disifatkannya masih begitu hangat.

Katanya, kehadiran anak muda dari pelbagai kaum memenuhi barisan pemerhati menunjukkan tanggapan generasi muda tidak lagi menghargai kemerdekaan adalah tidak tepat.

โ€œSaya ke Merdeka Parade Putrajaya untuk lihat sambutan oleh rakyat. Saya gembira kerana sambutan masih hangat, betul-betul hangat,โ€ katanya.

๐Ÿ“ž Heda: +6014-808 8897 | ๐Ÿ’ฌ Iqi: +6010-924 2335

Menurut Dr. Mahathir, beliau turut melihat ramai anak muda Melayu, Cina dan India hadir menyaksikan sambutan berkenaan dalam suasana penuh kegembiraan.

Katanya, wajah ceria dan riang yang ditunjukkan golongan muda itu menggambarkan Hari Kebangsaan masih mempunyai tempat istimewa dalam hati mereka.

โ€œSaya lihat ramai anak muda Melayu, Cina dan India dalam barisan pemerhati. Muka mereka ria dan jelas mereka sedang sambut kemerdekaan seolah-olah mereka baru merdeka selepas dijajah,โ€ katanya.

Dr. Mahathir berkata, suasana itu adalah satu perkembangan menggembirakan kerana menunjukkan semangat kemerdekaan masih dapat dirasai oleh generasi muda.

๐Ÿ“ž +6019-936 9846 (Sharifah) | ๐Ÿ’ฌ WhatsApp Tempahan
๐Ÿ“ 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau turut menolak tanggapan anak muda hari ini tidak mengambil berat mengenai kemerdekaan negara.

Katanya, apa yang dilihat pada sambutan berkenaan memberikan gambaran sebaliknya apabila golongan muda daripada pelbagai kaum hadir bersama-sama bagi meraikan hari bersejarah negara.

Dr. Mahathir berkata, semangat ditunjukkan anak muda itu penting dalam memastikan kelangsungan negara pada masa hadapan.

โ€œSemangat seperti ini akan kekalkan negara,โ€ katanya.

Menurut beliau, kecintaan terhadap negara dan kesediaan untuk mempertahankannya merupakan nilai yang perlu terus dipupuk dalam kalangan rakyat.

โ€œKemerdekaan bukan sesuatu yang wajar dianggap sebagai perkara biasa kerana ia perlu dihargai dan dipertahankan oleh setiap generasi,โ€ ujarnya.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *