Banjir Nepal: Angka korban melebihi 1,000

NUWAKOT – Jumlah kematian akibat banjir dahsyat di Nepal susulan runtuhan glasier di kawasan Himalaya melebihi 1,000 mangsa sehingga semalam.

Pasukan penyelamat China dan Nepal terus mencari mangsa masih hidup, termasuk sekitar 100 pekerja dikhuatiri terperangkap dalam terowong jana kuasa hidro.

Di Nepal, pasukan penyelamat menggunakan jentera pengorek, penggerudi dan bahan letupan untuk menembusi timbunan lumpur dan sisa runtuhan dalam usaha menyelamatkan pekerja terbabit, dipercayai terperangkap dalam beberapa terowong.

Bagaimanapun, setakat ini hanya mayat ditemukan dari terowong dipenuhi selut dan lumpur tebal, menyebabkan harapan untuk menemukan mangsa masih hidup semakin tipis.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Jentera pengorek terus bekerja hingga lewat malam semalam, namun tentera memaklumkan sejumlah besar air mula mengalir masuk ke dalam lubang yang sedang digali, menyebabkan pasukan penyelamat terpaksa mencari laluan lain.

Hampir 4,500 orang masih hilang selepas aliran deras air sejuk, batu dan serpihan akibat runtuhan glasier di kawasan tinggi mengalir ke kawasan rendah pada Rabu lalu, memusnahkan penempatan dan menyebabkan kemusnahan besar di Nepal.

Antara yang hilang ialah 583 warga asing di Nepal dan 261 di China, membabitkan lebih 30 negara.

Nepal berkata, 1,050 mayat sudah ditemukan setakat semalam, manakala 3,916 orang masih hilang. Media kerajaan China pula melaporkan 16 kematian dan 546 orang masih hilang.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Secara keseluruhan, angka rasmi menunjukkan 1,066 orang maut dan 4,462 masih hilang.

Perdana Menteri Nepal, Balendra Shah, menyifatkan bencana itu sebagai sesuatu yang tidak dapat dibayangkan dan amat menyedihkan.

Susulan bilik mayat yang semakin penuh, pihak berkuasa Nepal mula mengebumikan ratusan mayat yang belum dikenal pasti selepas sampel DNA diambil.

Sekurang-kurangnya 17 mayat turut ditemukan di sungai di hilir di India.

Polis yang menggunakan dron dalam usaha mencari mangsa berkata, mereka menemukan 24 mayat di dalam sebuah rumah di daerah Nuwakot.

Menteri Luar Nepal, Shisir Khanal, berkata beliau masih berharap sebahagian daripada ribuan orang yang hilang mungkin masih hidup.

“Keajaiban memang berlaku. Pada ketika ini, saya tidak mahu berputus asa sepenuhnya,” katanya kepada AFP dalam satu temu bual.

Kemarahan semakin meningkat susulan kemusnahan besar yang melanda Nepal, negara yang mempunyai kira-kira 30 juta penduduk dan sebahagian besarnya terdiri daripada kawasan luar bandar.

Nepal menyumbang sedikit kepada pelepasan gas rumah hijau yang menyebabkan pemanasan global, namun negara itu antara yang paling teruk menerima kesannya.

Di China, Tibet sebahagian besarnya tidak boleh dimasuki wartawan asing, menyebabkan pihak berkuasa China menjadi sumber utama maklumat rasmi.

Lebih 2,000 orang membantu operasi menyelamat, termasuk anggota tentera, lapor Xinhua.

Menurut agensi berita itu, pasukan penyelamat bekerja sepanjang masa untuk mencari mangsa yang masih hidup, membaiki jalan, memasang stesen komunikasi dan memulihkan bekalan elektrik. – AFP

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *