Fokus pulih sokongan UMNO, ketepi jawatan dalam kabinet - Dr Akmal

“Cipta, Turun, Naik Semula Kuota, Kemudian Jadi Hero” — Sindir Akmal

KUALA LUMPUR — Kenyataan mengenai perubahan kuota penggunaan minyak mengundang sindiran apabila pihak yang sama dilihat terlebih dahulu mewujudkan kuota, menurunkannya sebelum menaikkan semula kuota berkenaan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh menyindir tindakan itu dengan mempersoalkan sama ada keputusan berkenaan dibuat berdasarkan perubahan keadaan sebenar atau sekadar mengambil kira perkembangan politik semasa.

Beliau turut membangkitkan persoalan mengenai kajian terdahulu yang menyatakan hanya kira-kira satu peratus pengguna menggunakan minyak melebihi 200 liter sebulan.

“Dia yang mewujudkan kuota, dia juga yang menurunkan kuota, dia juga yang menaikkan semula kuota dan dia jugalah yang mengangkat diri sendiri sebagai hero,” katanya dalam nada sinis.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Dr. Akmal turut mempersoalkan sama ada dapatan kajian mengenai penggunaan minyak melebihi 200 liter sebulan itu masih terpakai atau sudah berubah susulan Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Apa pun, terima kasih hero,” katanya menyindir.

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *