Maritim Kelantan Gagalkan Dua Cubaan Kemasukan Pendatang, Tahan 20 Individu

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Kelantan menggagalkan dua cubaan kemasukan pendatang membabitkan 20 warga India, Sri Lanka, Indonesia dan Myanmar, di sekitar Sungai Kelantan pada 12 dan 14 Ogos.

Pengarah Maritim Kelantan Kepten Maritim Kamal Mohamad berkata kedua-dua operasi itu dijalankan, selepas pihaknya menerima maklumat risikan berhubung aktiviti penyeludupan migran melalui laluan tidak diwartakan.

Beliau berkata bot ronda Maritim Malaysia yang menjalankan rondaan menerusi Ops Naga, Ops Damai, Ops Pelantar Merah dan Ops Tiris mengesan bot laju dalam keadaan bergelap dan mencurigakan di perairan Kuala Besar, pada awal pagi kedua-dua kejadian.

“Bagaimanapun, kedua-dua bot berkenaan berjaya meloloskan diri dengan memasuki laluan sungai yang sempit dan cetek, selain keadaan gelap menyukarkan bot ronda untuk merapat.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Pasukan Operasi Darat Maritim kemudian digerakkan ke tebing Sungai Kelantan, bagi memintas pergerakan kumpulan berkenaan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Pejabat Maritim Malaysia Tok Bali di sini hari ini.

Kamal berkata operasi pertama pada 12 Ogos membawa kepada penahanan tiga lelaki warga India dan seorang lelaki Sri Lanka berusia 35 hingga 48 tahun di tebing Sungai Kelantan, Kota Bharu, manakala operasi kedua pada 14 Ogos berhampiran Tendong, Pasir Mas, menahan 16 individu terdiri daripada lapan warga Indonesia dan lapan warga Myanmar berusia 23 hingga 50 tahun.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati tiga daripada empat individu yang ditahan pada operasi pertama memiliki pasport, tetapi gagal mengemukakan rekod perjalanan sah, manakala seorang lagi tidak mempunyai dokumen perjalanan.

“Bagi kumpulan kedua, 10 individu memiliki pasport tetapi gagal mengemukakan rekod perjalanan sah, manakala enam lagi tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

“Kesemua 20 individu terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Kelantan untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki berada di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri serta rekod perjalanan yang sah,” katanya. – BERNAMA

Telegram: Nasional Daily

Facebook: Nasional Daily

TikTok: NasionalDaily

Whatsapp: NasionalDaily.com

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *