Anwar Mohon Mandat Lebih Kukuh untuk PH Terus Tadbir Negeri Sembilan

SEREMBAN – Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, merayu kepada rakyat Negeri Sembilan supaya terus memberikan kepercayaan dan mandat yang lebih kukuh kepada gabungan itu bagi memastikan kesinambungan pentadbiran negeri yang bersih, stabil dan berintegriti.

Beliau berkata, mandat yang lebih besar kepada PH amat penting bagi membolehkan kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, meneruskan agenda pembangunan serta pelaksanaan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat.

Menurut Anwar, sejak PH menerajui pentadbiran Negeri Sembilan pada tahun 2018, pelbagai usaha dan ikhtiar telah dilaksanakan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat serta memperkukuh pembangunan negeri.

Bagaimanapun, beliau menegaskan masih banyak agenda yang perlu diteruskan dan diperkasakan bagi memastikan kesejahteraan dapat dinikmati secara menyeluruh oleh seluruh lapisan masyarakat di negeri itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

“Dengan penuh rendah diri, saya memohon pertimbangan dan kepercayaan rakyat Negeri Sembilan untuk memberikan mandat yang lebih kukuh kepada HARAPAN demi kesinambungan pentadbiran yang bersih, stabil dan berintegriti di bawah pimpinan saudara Aminuddin Harun,” katanya.

Dalam masa sama, Perdana Menteri turut mendoakan agar semua calon PH yang bertanding diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kejayaan dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat.

Beliau berkata, setiap perjuangan yang dilaksanakan perlu berlandaskan nilai amanah, keikhlasan dan tanggungjawab dalam berkhidmat kepada masyarakat.

Anwar turut mengajak seluruh rakyat agar bersama-sama mengamalkan semangat saling membantu dalam melakukan kebaikan dan menjauhi perpecahan serta permusuhan.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Beliau menyandarkan seruan itu kepada firman Allah SWT dalam Surah al-Ma’idah ayat 2 yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu dalam melakukan kebajikan dan ketakwaan, dan janganlah kamu saling bantu-membantu dalam melakukan dosa dan permusuhan.”

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan ketika menyeru rakyat Negeri Sembilan agar terus menyokong PH demi memastikan kesinambungan pentadbiran negeri yang stabil, berintegriti dan berorientasikan kebajikan rakyat.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *