Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar Dibuka Kepada Umum Mulai 3 Jun

Oleh Fatin Sajidah Fathuldin

JOHOR BAHRU – Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar (KWSAB) akan mula dibuka kepada orang ramai bermula esok, 3 Jun sebagai produk pelancongan budaya dan warisan baharu yang memperkukuhkan kedudukan negeri Johor sebagai destinasi pelancongan berasaskan seni, budaya dan warisan.

Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi berkata, pembukaan KWSAB diharap menjadi medium terbaik untuk generasi muda mengenali, menghargai dan mewarisi seni serta tradisi Bangsa Johor.

“Semoga pembukaan produk pelancongan warisan ini akan menjadi medium terbaik untuk generasi muda mengenali, menghargai dan mewarisi seni serta tradisi Bangsa Johor,” katanya.

Kompleks tersebut menawarkan pelbagai tarikan termasuk Pakej Lawatan Warisan KWSAB, Persembahan Kebudayaan Tradisional, Galeri Seni, Anjung Warisan, Galeri Tenun Johor, pengenalan pakaian Bangsa Johor, demonstrasi sanggul tradisional serta pelbagai pengalaman interaktif yang mengetengahkan keunikan seni dan budaya masyarakat Johor.

KWSAB akan beroperasi setiap Selasa hingga Khamis dari jam 9 pagi hingga 5 petang, Jumaat dari jam 3 petang hingga 10 malam, Sabtu dari jam 9 pagi hingga 10 malam serta Ahad dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Bersempena pembukaan rasmi kompleks itu, pengunjung warganegara boleh menikmati harga promosi bagi pakej lawatan KWSAB bermula 3 Jun hingga 2 Julai 2026, dengan tiket dewasa ditawarkan pada harga RM5 berbanding harga biasa RM10.

Selain itu, Persembahan Kebudayaan Tradisional akan mula dipentaskan pada 12 Jun depan dengan harga promosi khas sehingga 12 Julai 2026, termasuk tiket dewasa warganegara pada kadar RM25 berbanding harga asal RM50.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *