SHAH ALAM – Sebuah lori tangki minyak sawit terbalik dan menumpahkan bahan komoditi berkenaan di jalan raya menghala ke Bandar Sultan Suleiman, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, S Vijaya Rao berkata, pada jam 1.55 tengah hari lori terbabit dari Rantau Panjang, Klang sedang menuruni jambatan sebelum kunci tangki tercabut dari kepala lori menyebabkan tangki jatuh di lorong kiri susur lebuh raya.
“Pemandu lelaki berumur 49 tahun tidak cedera dan telah tampil membuat laporan polis. Hasil ujian saringan air kencing terhadap pemandu terbabit negatif,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Vijaya turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan, untuk hadir ke mana-mana balai berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor R Kishen Raj menerusi talian 011-26249291.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sebelum ini, tular di media sosial video sebuah lori tangki minyak dipandu di sebuah jalan raya di Klang secara tiba-tiba tertanggal dan terbalik sehingga menumpahkan minyak di atas jalan.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L