Dua angkasawan Pakistan dipilih untuk latihan misi angkasa lepas China

BEIJING – Dua calon dari Pakistan dipilih sebagai angkasawan asing pertama untuk latihan misi angkasa lepas China, menurut Agensi Angkasa Lepas Berawak China pada Rabu petang, lapor Xinhua.

Agensi itu menyifatkan pemilihan berkenaan sebagai pencapaian penting dalam kerjasama antarabangsa melibatkan stesen angkasa China.

Menurut kenyataan agensi itu, Muhammad Zeeshan Ali dan Khurram Daud akan datang ke China tidak lama lagi sebagai angkasawan simpanan untuk menjalani latihan.

Selepas melengkapkan semua latihan dan penilaian, seorang daripada mereka akan menyertai misi angkasa sebagai pakar muatan, sekali gus menjadi angkasawan asing pertama berada di atas stesen angkasa Tiangong.

Pemilihan pertama angkasawan asing bagi program angkasa berawak China itu diselesaikan pada awal April, menurut agensi berkenaan. – BERNAMA-XINHUA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001Whatsapp:https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *