AS Umum Sekatan Terhadap Semua Pelabuhan Iran Bermula Hari ini

Olahan Siti Khadijah Manudin

HAMILTON – Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) mengumumkan pelaksanaan sekatan terhadap semua pergerakan kapal keluar masuk pelabuhan Iran bermula 13 April.

Menurut kenyataan itu, sekatan tersebut akan dikuatkuasakan ke atas semua kapal tanpa mengira negara yang memasuki atau meninggalkan pelabuhan serta kawasan pesisir Iran.

Langkah itu melibatkan semua pelabuhan Iran di Teluk Arab dan Teluk Oman, selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh Presiden Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, CENTCOM menegaskan bahawa kebebasan pelayaran di Selat Hormuz tidak akan terjejas bagi kapal yang menuju ke atau dari pelabuhan bukan Iran.

Pihak berkuasa turut memaklumkan bahawa kapal komersial akan diberi notis awal, selain dinasihatkan supaya memantau siaran maritim dan berhubung dengan pasukan tentera laut AS sekiranya perlu. – BERNAMA-ANADOLU

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *