KAHERAH – Juara bertahan Pyramids dan pemegang rekod Al Ahly tersingkir daripada suku akhir Liga Juara-Juara Afrika selepas tewas kepada lawan masing-masing, sekali gus mencatat malam suram buat bola sepak Mesir.
Pyramids tewas 3-2 secara agregat kepada kelab Maghribi, AS FAR, sekali gus menamatkan misi mempertahankan kejuaraan meskipun seri 1-1 pada aksi pertama di Rabat.
Pasukan pelawat mendahului seawal minit kesembilan menerusi Rida Slim sebelum Mohamed Rabie Hrimat menambah jaringan pada minit ke-54.
Fiston Mayele merapatkan kedudukan pada minit ke-62, namun Pyramids gagal mendapatkan gol penyamaan yang diperlukan untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti.
“Ini kemenangan dan kelayakan bersejarah buat kelab,” kata penyerang Youssef El Fahli.
AS FAR bakal menentang sama ada RS Berkane atau Al-Hilal Omdurman di separuh akhir.
Sementara itu, Esperance menyingkirkan Al Ahly dengan kemenangan agregat 4-2 selepas menang 3-2 pada aksi kedua.
Al Ahly terlebih dahulu mendahului menerusi Mahmoud Trezeguet pada minit ke-10, namun Esperance menyamakan kedudukan pada minit ke-68 hasil jaringan Florian Danho.
Pasukan Tunisia itu kemudian mendahului menerusi sepakan penalti Mohamed Amine Tougai pada minit ke-78.
Al Ahly bangkit menyamakan kedudukan 2-2 menerusi gol sendiri Hamza Jelassi pada minit ke-84, namun pemain sama menebus kesilapan dengan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-94 hasil sepakan penjuru Youssef Msakni.
Esperance akan bertemu sama ada Mamelodi Sundowns atau Stade Malien di separuh akhir.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L