KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (AMANAH) memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan tahun ini bagi memberi tumpuan penuh kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 (PRU16) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.
Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Nasional (JKP Nasional) yang berlangsung malam tadi.
Menurut beliau, penangguhan tersebut dibuat dengan mengambil kira PRU16 serta PRN khususnya di Melaka, Johor dan Sarawak yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.
“Keputusan ini selaras dengan Perkara 19.2 (j) Perlembagaan Amanah yang memberikan kuasa kepada JKP Nasional untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga 18 bulan.
“Namun, pemilihan akan diadakan sebaik sahaja urusan PRU dan PRN selesai tanpa perlu menunggu tempoh penuh tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media kepada NasionalDaily hari ini.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan JKP Nasional turut mengarahkan kepimpinan AMANAH di peringkat negeri dan kawasan supaya segera menggerakkan jentera pilihan raya masing-masing sebagai persediaan awal menghadapi sebarang kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri atau Parlimen.
Temu rapat pimpinan utama parti bersama jentera akar umbi akan diadakan mengikut zon, dengan sesi pertama dijangka bermula di Melaka dan Johor dalam masa terdekat.
Mengulas lanjut, Faiz berkata AMANAH sebagai komponen dalam Kerajaan Perpaduan akan terus memainkan peranan memperkukuh kedudukan sosioekonomi orang Melayu melalui dasar yang inklusif dan progresif.
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan
“AMANAH komited untuk memandu perubahan pemikiran masyarakat Melayu agar tidak terperangkap dengan sentimen Melayu terpinggir dan Islam terancam yang dimainkan pihak pembangkang, sebaliknya membawa naratif baharu yang lebih rasional, sederhana dan berpaksikan penyelesaian,” ujarnya.
Beliau menegaskan, JKP Nasional bersetuju supaya parti itu mengambil peranan lebih aktif dalam menjayakan agenda tersebut menjelang PRU16 dan PRN akan datang.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L
