KUALA LUMPUR – Suria Capital Holdings Bhd. melantik Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan sebagai Pengerusi Bebas dan Bukan Eksekutif baharu.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat pegangan pelaburan dan pembangunan hartanah itu berkata, pelantikan Abdul Rahman adalah susulan peletakan jawatan Pengerusi Bebas dan Bukan Eksekutif sebelumnya, iaitu Datuk Faisyal Yusof Hamdain Diego bagi meneruskan kepentingan lain.
Abdul Rahman sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kota Belud selama dua penggal dan memegang beberapa jawatan penting pada peringkat persekutuan, termasuk Menteri Persekutuan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menyelia Unit Perancangan Ekonomi.
Beliau juga mempengerusikan Sabah Oil and Gas Development Corporation Sdn. Bhd., Universiti Malaysia Sabah dan Seeds Capital Group, selain berpengalaman luas dalam infrastruktur, pembangunan berkaitan tenaga serta aktiviti perdagangan antarabangsa.
Sementara itu, Faisyal Yusof berkhidmat sebagai pengerusi Suria Capital bermula 27 November 2020 hingga 21 Januari 2026, dengan pengalaman luas sebagai ahli lembaga pengarah dan pengerusi dalam kedua-dua syarikat senaraian awam dan swasta. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L