JEDDAH – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dengan kerjasama Pihak Berkuasa Am Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, melaporkan lebih 11.9 juta jemaah dari dalam serta luar negara menunaikan umrah sepanjang Jamadilakhir, menurut statistik rasmi.
Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan angka memberangsangkan itu mencerminkan peningkatan momentum pelaksanaan ibadah umrah dan menonjolkan kecekapan luar biasa perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan bagi melayani jemaah.
Data itu turut menunjukkan lebih 1.7 juta jemaah umrah tiba dari luar Arab Saudi sepanjang bulan berkenaan.
Kemasukan itu menyerlahkan impak positif platform digital canggih dan perkhidmatan logistik bersepadu yang mempermudahkan prosedur ketibaan serta membolehkan jemaah melaksanakan ibadah dengan mudah, selesa dan tenang.
Peningkatan berterusan dalam pelaksanaan ibadah umrah itu mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi Arab Saudi dalam memantapkan ekosistem haji, umrah dan ziarah, selaras matlamat Visi Saudi 2030.
Melalui inovasi dan penjagaan berterusan, Arab Saudi menjadikan akses ke dua Masjid Suci lebih mudah, sambil menyediakan pengalaman kerohanian menyeluruh yang mengutamakan keselesaan serta keselamatan jemaah umrah pada setiap peringkat – daripada perancangan lawatan sehinggalah kepulangan jemaah dari negara ini.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001
Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Vb6P21QFnSz7JWoT560L