Sofia Rini bebas dengan jaminan, tempoh reman tak disambung – SPRM

PUTRAJAYA – Wanita yang dikaitkan dalam klip video perbualan bersama ahli perniagaan berhubung isu rasuah, Sofia Rini Buyong, dibebaskan selepas tempoh remannya berakhir hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

“Reman tamat hari in dan tidak disambung. (Dibebaskan) dengan jaminan SPRM,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Berita Harian melaporkan, media sebelum ini melaporkan tiga individu termasuk bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin ditahan SPRM Jumaat lalu.

Turut ditahan Sofia Rini dan ahli perniagaan, Albert Tei atau nama sebenarnya Tei Jiann Cheing.

Susulan itu, Shamsul Iskandar dan Tei masing-masing direman enam hari, manakala Sofia Rini empat hari.

Azam sebelum ini dilaporkan berkata, Tei ditahan kerana menjadi individu paling penting dalam siasatan dakwaan membabitkan Shamsul Iskandar.

Azam juga dipetik berkata, SPRM sudah menyerahkan notis Seksyen 28A(9) Kanun Prosedur Jenayah kepada Tei, yang mana ia memberi kuasa kepada pihak berkuasa yang menyiasat bagi menafikan hak individu disiasat untuk berhubung dengan peguam dan mana-mana pihak lain.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *