Isu pasang Jalur Gemilang Terbalik – Maruah Negara dan Membetulkan Keadaan

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) memandang serius insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik yang berlaku baru-baru ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, setelah berpuluh tahun merdeka masih ada yang masih tidak sensitif dan mengambil ringan pemasangan Jalur Gemilang dengan cara betul.

Katanya, Jalur Gemilang bukan sekadar sehelai kain, tetapi simbol kedaulatan, maruah dan perpaduan rakyat Malaysia yang wajib dihormati oleh setiap warganegara.

β€œPemasangan bendera secara terbalik, sama ada secara sengaja atau tidak, merupakan satu perbuatan yang boleh mencetuskan salah faham, menggugat semangat patriotisme dan memberi kesan kepada keharmonian nasional.

πŸ“ž Heda: +6014-808 8897 | πŸ’¬ Iqi: +6010-924 2335

β€œWalaupun demikian, jika salah faham ini berlaku secara sengaja atau tidak ianya perlu ditangani dengan semangat nasihat menasihati, bukan mengheret insiden yang berlaku dengan nuansa kebencian dan permusuhan.

β€œIa akan memburukkan keadaan kerana niat yang baik perlu diikuti dengan adab yang mulia juga,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Menurut Dr. Mujahid, pihaknya juga menggesa pihak berkuasa menyiasat secara menyeluruh punca insiden itu, dengan mengambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang.

Ini ujar beliau, bagi memastikan tidak ada lagi kejadian seumpama itu berlaku sebagai pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia dan kepada sektor swasta serta awam yang mengibarkan Jalur Gemilang.

πŸ“ž +6019-936 9846 (Sharifah) | πŸ’¬ WhatsApp Tempahan
πŸ“ 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Katanya, begitu juga perlu diingatkan kepada pihak tertentu supaya isu bendera dipasang terbalik ini tidak boleh ditegur secara selektif, malah semua pihak yang menyebabkan salah faham ini perlu ditegur secara adil.

β€œKempen kesedaran awam perlu diperkukuh agar seluruh rakyat memahami cara pemasangan yang tepat dan betul serta menghayati nilai di sebalik setiap warna serta jalur pada bendera negara.

β€œJalur Gemilang adalah simbol identiti dan maruah negara serta kebanggaan kita bersama. Maruah dan kehormatannya perlu dipertahankan tanpa kompromi,” katanya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *