Pasangan warga emas ditemukan meninggal dunia di rumah kedai di Raub

KUANTAN – Sepasang suami isteri warga emas ditemukan meninggal dunia di kediaman mereka di sebuah rumah kedai di Kampung Sungai Ruan, Raub, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Raub Superintenden Mohd Shahril Abd Rahman berkata mayat Wong Tong Seng, 75, ditemukan dalam keadaan terbaring dan sudah berulat di hadapan sinki dapur, manakala mayat isterinya Loh Kam Ngo, 73, ditemukan dalam keadaan terbaring di bucu katil dalam bilik tengah rumah berkenaan.

“Pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah dan keadaan rumah berada dalam keadaan baik,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata siasatan lanjut dan hasil bedah siasat dijalankan di Hospital Raub mendapati punca kematian kedua-dua mangsa disebabkan Sindrom Koronari Akut (serangan jantung).

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Mohd Shahril berkata mangsa wanita menghidap penyakit Parkinson sejak 20 tahun lepas, manakala suaminya pula dilaporkan pernah menerima rawatan jantung di Klinik Kesihatan Ulu Gali, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *