Guru wanita, anak ditemui mati dalam rumah

MELAKA – Seorang guru dan anak sulungnya dipercayai berusia 21 tahun ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di rumah mereka di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, di sini, pagi ini.

Terdahulu kira-kira jam 6 pagi, orang awam difahamkan melihat seorang lelaki, dipercayai seorang lagi anak wanita terbabit dalam keadaan terbaring berlumuran darah di atas jalan di hadapan rumah berkenaan sebelum menghubungi polis.

Sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Polis Batang 3 kemudian ke lokasi untuk melakukan siasatan dan menemui seorang lelaki dalam keadaan cedera terbaring di hadapan rumah berkenaan.

Polis kemudian melakukan pemeriksaan lanjut dan menemui dua lagi mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di dalam rumah. Difahamkan, kejadian mungkin ada kaitan kes bunuh.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pasukan perubatan Hospital Melaka yang tiba di lokasi kemudian mengesahkan wanita dipercayai berusia lingkungan 50-an dan anak sulungnya sudah meninggal dunia.

Difahamkan, ketika ini pasukan forensik polis masih berada di lokasi, termasuk Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Leow Kian Heong.

Difahamkan, polis akan mengadakan satu sidang media dalam tempoh terdekat.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Facebook: https://www.facebook.com/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 012-9222001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *